DARIH merupakan akronim bagi rangkai kata Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan juga HIV.










DEFINISI

Dadah dapat didefinisikan sebagai ubat-ubatan. Dadah merupakan sejenis bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubah suai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu.


Dadah juga merupakan sebahagian daripada bahan yang merosakkan atau membinasakan individu sekiranya mereka menggunakannya secara berlanjutan dan boleh membawa maut. 



JENIS-JENIS

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian:
1.    Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)
2.    Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)
3.    Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)
4.    Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)
5.    Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)


CARA-CARA PENGAMBILAN
Dadah boleh diambil dengan lima cara:
1.    Ditelan,
2.    disuntik,
3.    dihidu,
4.    dihisap &
5.    Diguna bersama dadah lain.




TANDA-TANDA PENGAMBILAN


1.    Narkotik:
  • Khayal-halusinasi 
  • euforia-kesugulan 
  • pemikiran atau pertimbangan berkurangan
  • pergerakan tidak seimbang
  • tindakbalas lambat
  • mata hitam mengecil
  • hidung berair
  • mual atau muntah
  • hilang selera makan
  •  bersifat hiperaktif
  • bertambah risau dan terlalu sensitif
  • tekanan darah, suhu badan, diameter anak mata mengalami perubahan
  • keseluruhan penagih mengalami emosi yang negatif

2.    Perangsang / Stimulants:
  • Tingkahlaku yang agresif
  • tekanan darah tinggi
  • keletihan
  • tidur berlebihan
  • lapar
  • sentiasa resah dan kemurungan

3.    Cannabis:
  • khayal
  • sugul atau kecewa
  • mata merah
  • tidak boleh tidur
  • sakit perut
  • hilang selera makan
  • tindakbalas kelakuan berubah seperti mabuk, bila berdepan dengan rasa cemas dan takut



KESAN-KESAN PENGAMBILAN


















*Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah terhadap individu adalah berbeza dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.







DEFINISI

Alkohol yang merujuk kepada minuman keras merupakan sejenis cecair mudah terbakar. Minuman ini mengandungi etanol iaitu bahan psikoaktif dan pengambilan etanol akan menyebabkan penurunan tahap kesedaran individu.


Alkohol terjadi daripada hasil pemerapan/fermentasi madu, gula, atau buah-buahan. Alkohol yang terserap dalam darah yang disebarkan terus ke seluruh sendi dan cairan tubuh boleh menyebabkan individu yang mengambilnya menjadi euforia.



JENIS-JENIS
  • Anggur
  • Bir
  • Bourbon
  • Brendi
  • Brugal
  • Caipirinha
  • Chianti
  • Jägermeister
  • Mirin
  • Prosecco
  • Rum
  • Sake
  • Sampanye
  • Shōchū
  • Tuak
  • Vodka
  • Wiski



CARA PENGAMBILAN

Diambil dengan cara meminumnya.



TANDA-TANDA PENGAMBILAN
  • kurang waras
  • agresif
  • hiperaktif
  • kesedihan terlampau
  • tindak tanduk tidak terkawal


KESAN-KESAN PENGAMBILAN





"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (minuman yang memabukkan), berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."
(Surah Al-Maidah:90)





DEFINISI
Rokok merupakan tembakau yang dibalut berbentuk silinder. 



JENIS-JENIS
  1. Rokok berdasarkan pembalut (kertas, kulit jagung, daun aren/tembakau/nipah)
  2. Rokok berdasarkan isi (putih, kretek, klembak)
  3. Rokok berdasarkan proses pembuatan (tangan, mesin)
  4. Rokok berdasarkan penggunaan filter (filter, non filter)



CARA PENGAMBILAN
  1. Dibakar sedikit hujung pembalutnya (rokok batang/cerut),
  2. dibakar bahannya (rokok paip/shisha/vape)
Rokok batang

Cerut


Rokok paip

Vape



Shisha




TANDA-TANDA PENGAMBILAN
  1. Rokok batang (nafas berbau, gigi kekuningan, bibir kelihatan gelap)



BAHAYA ROKOK (batang)








KESAN-KESAN PENGAMBILAN










DEFINISI
Sebarang jenis bahan kimia meruap (contohnya gam) yang dihidu (melalui hidung) atau disedut (melalui mulut) secara sengaja untuk mendapatkan kesan “high” yang spontan.

Aktiviti ini mampu mengubah minda dan emosi serta membuatkan penagih mengalami perasaan gembira yang melampau (euforia).





CARA-CARA PENGAMBILAN
Inhalan boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka, atau menggunakan kain yang direndam ke dalam bahan kimia tersebut dan meletakkannya berhampiran muka. Selain itu, bekas terbuka atau kain lembab itu boleh diletakkan dalam beg plastik dan sebelum dihidu.





BAHAN-BAHAN PENGAMBILAN
Di antara bahan yang kerap disalahgunakan ialah:


  • Bahan cecair yang mudah larut apabila terdedah seperti; gam penampal tayar/karpet, thinner untuk cat, penghilang pengilat kuku, marker pen, petrol dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut disalahgunakan dengan menghidu wap/gas tersebut untuk mendapat kesan khayal. Ia digunakan dengan; meletakkan bahan tersebut pada kain atau ke dalam bekas plastik, kemudian wap/gas disedut dengan kuat.
  • Penyembur Aerosol; Aerosol cat, rambut, pewangi deodorant dan lain-lain. Aerosol disalahgunakan dengan menghidu wap/gas tersebut.
  • Bahan gas; gas ringan (lighter), gas memasak, gas peti sejuk, gas anestetik (anaesthetic, ether, chloroform, halothane, nitrous oxide N2O) dan lain-lain. Ia disalahgunakan dengan menghidu gas/wap bahan tersebut.
  • Bahan Nitrates; pewangi bilik, pencuci bahan kulit, cecair pewangi dan lain-lain. Remaja yang berisiko tinggi; bertingkahlaku suka mengambil risiko yang negatif, tingkahlaku menyeleweng/ devian dan ibubapa yang tidak perihatin adalah cenderung terhadap penyalahgunaan inhalan. Bahan-bahan ini pula mudah didapati, sah disisi undang-undang serta harganya murah.





  • TANDA-TANDA PENGAMBILAN
    • Perhatikan terhadap barangan yang mencurigakan serta perubahan fizikal dan tingkahlaku.
    • Muntah-muntah, hilang kawal koordinasi atau keadaan seperti mabuk.
    • Berbau kimia pada nafas, pakaian atau badan mereka.





    KESAN-KESAN PENGAMBILAN








    DEFINISI
    HIV (Human Immunodeficiency Virus) atau Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. Penyakit ini boleh berjangkit dan hanya menyerang manusia sahaja. Pesakit yang menghidapi penyakit HIV ini tidak akan menyebabkan kematian, tetapi virus ini boleh menyebabkan penyakit AIDS yang boleh membawa maut. Penyakit HIV boleh diuji melalui Ujian Antibodi HIV yang dijalankan oleh pihak hospital dan klinik.


    AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk merupakan gejala sekumpulan penyakit yang menyerang sistem pertahanan badan manusia selepas seseorang itu dijangkiti HIV.


    HIV merupakan virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia dan AIDS merupakan kumpulan penyakit hasil daripada jangkitan HIV. Dengan rawatan people living with HIV (PLHIV), mereka yang menghidap HIV tidak semestinya menghidap AIDS. AIDS cuma satu penanda terhadap situasi kesihatan individu yang lemah imuniti tubuh dan terdedah kepada jangkitan. 




    CARA-CARA JANGKITAN 
    1. Ibu mengandung yang menghidap HIV (tanpa rawatan) boleh menyebabkan bayi dalam kandungan dijangkiti HIV.
    2. Pemindahan darah / organ yang telah tercemar dengan HIV.
    3. Seks dengan orang yang dijangkiti tanpa menggunakan kondom.
    4. Perkongsian alat suntikan yang telah dicemari dengan darah yang mengandungi HIV.


    TANDA-TANDA JANGKITAN

    Bayi
    • Pembengkakkan pada nodus limfa, hati atau limpa.
    • Ruam pada kulit.
    • Serawan Mulut (tompok-tompok putih dalam mulut iaitu jangkitan kulat). Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan.
    • Demam yang berpanjangan atau cirit-birit. 
    • Pertumbuhan terbantut.
    Gejala-gejala ini biasanya berlaku dalam tempoh dua tahun kelahiran bayi yang dijangkiti HIV. Pada peringkat akhir, pesakit akan mati akibat pelbagai jangkitan dan kanser.



    Dewasa
    •  Demam ringan (sekitar 39 darjah Celcius)
    • Keletihan.
    • Sakit pada sendi, otot dan kelenjar getah bening (nodus limfa).
    • Sakit tekak dan kepala.
    • Ruam kulit.
    • Penurunan berat badan.
    • Batuk kering.
    • Berpeluh di malam hari.   
    • Perubahan kuku.   
    • Mual, muntah, cirit-birit.        
    • Jangkitan atau luka genital.        
    • Kesemutan di tangan dan kaki.         
    • Kekeliruan dan kehilangan memori.     
    • Haid tidak teratur.