AKTA ALKOHOL








Di dalam agama Islam, surah Al Maidah ayat 90-91, Allah SWT berfirman: 
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (90) Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (91)



 Rukun Agama Budha yang ke-8 dengan jelas menyatakan 
“Budhists should abstain from liquor”. 
Budha juga menolak menjual arak sebagai sumber pendapatan.



Dalam Bible, The Book of Proverbs Bab 23:29-33 memberi nasihat ini:
 “Do not look at wine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly. At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things. And your nind will utter perverse things”.


Dalam agama Hindu, tujuan utama penganut Hindu ialah untuk bersatu dengan Tuhan. Ianya hanya boleh tercapai melalui badan dan akal yang sihat. Seorang agamawan Hindu Thiruvalluvar mengatakan:
“ Mereka yang minum arak tidak berbeza dengan mereka yang meminum racun, maka mereka tiada bezanya dengan orang yang sudah mati”






 Akta atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri masing-masing. Peruntukan di bawah Akta atau Enakmen Jenayah Syariah ini juga merangkumi kesalahan membuat, menjual, menawarkan, mempamerkan (untuk jualan), menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan. Menurut seksyen 18(1) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, mana-mana orang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Menurut seksyen 18(2) Enakmen yang sama, mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.





1.  Akta Pengangkutan Jalanraya (Road Transport Act) 1996:
  • Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk yang ditangkap bagi kali pertama akan didenda sebanyak RM2000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-dua sekali/ lesennya akan digantung selama setahun.
  • Kesalahan berikutnya didenda RM4000.00/penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.
  • Jika menyebabkan kematian boleh dihukum penjara 3 - 10 tahun dan boleh didenda tidak kurang RM8000.00 - RM20,000.00.

 2.  Akta Pembasmian Samsu Haram (Eradication of Illicit Samsu Act), 1976
  •  Peruntukan ini menumpukan kepada kaedah penyediaan dan pengedaran minuman samsu.

3.  Akta Makanan (Food Act)1983
  • Menghalang penjualan minuman beralkohol kepada kanak-kanak/remaja di bawah umur 18 tahun.





0 comments:

Post a Comment