INHALAN



DEFINISI
Sebarang jenis bahan kimia meruap (contohnya gam) yang dihidu (melalui hidung) atau disedut (melalui mulut) secara sengaja untuk mendapatkan kesan “high” yang spontan.

Aktiviti ini mampu mengubah minda dan emosi serta membuatkan penagih mengalami perasaan gembira yang melampau (euforia).





CARA-CARA PENGAMBILAN
Inhalan boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka, atau menggunakan kain yang direndam ke dalam bahan kimia tersebut dan meletakkannya berhampiran muka. Selain itu, bekas terbuka atau kain lembab itu boleh diletakkan dalam beg plastik dan sebelum dihidu.





BAHAN-BAHAN PENGAMBILAN
Di antara bahan yang kerap disalahgunakan ialah:


  • Bahan cecair yang mudah larut apabila terdedah seperti; gam penampal tayar/karpet, thinner untuk cat, penghilang pengilat kuku, marker pen, petrol dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut disalahgunakan dengan menghidu wap/gas tersebut untuk mendapat kesan khayal. Ia digunakan dengan; meletakkan bahan tersebut pada kain atau ke dalam bekas plastik, kemudian wap/gas disedut dengan kuat.
  • Penyembur Aerosol; Aerosol cat, rambut, pewangi deodorant dan lain-lain. Aerosol disalahgunakan dengan menghidu wap/gas tersebut.
  • Bahan gas; gas ringan (lighter), gas memasak, gas peti sejuk, gas anestetik (anaesthetic, ether, chloroform, halothane, nitrous oxide N2O) dan lain-lain. Ia disalahgunakan dengan menghidu gas/wap bahan tersebut.
  • Bahan Nitrates; pewangi bilik, pencuci bahan kulit, cecair pewangi dan lain-lain. Remaja yang berisiko tinggi; bertingkahlaku suka mengambil risiko yang negatif, tingkahlaku menyeleweng/ devian dan ibubapa yang tidak perihatin adalah cenderung terhadap penyalahgunaan inhalan. Bahan-bahan ini pula mudah didapati, sah disisi undang-undang serta harganya murah.





  • TANDA-TANDA PENGAMBILAN
    • Perhatikan terhadap barangan yang mencurigakan serta perubahan fizikal dan tingkahlaku.
    • Muntah-muntah, hilang kawal koordinasi atau keadaan seperti mabuk.
    • Berbau kimia pada nafas, pakaian atau badan mereka.





    KESAN-KESAN PENGAMBILAN






    0 comments:

    Post a Comment